Namamu Takkan Ku Lupa...^^
Ya ALLAH,rindu ye Surau Al- Muttaqin...♥
sumber kekuatan diri untuk terus melangkah dan berjuang di matrik..
Walaupun Surau Al- Muttaqin jauh daripada pandangan mata, serta mgkin tidak berpeluang utk memijak di bumi matrik pahang...
Namun, namanya dan ilmu yang pernah ku peroleh terpahat disanubari..
Kerana disitulah,aku mengenal erti perjuangan yang sebenar...
Kerana disitulah jua aku peroleh sahabat2 yang turut serta bersamaku demi RabitahMU Ya ALLAH...
dan disitulah aku peroleh erti ketenangan,ketabahan dan kesabaran...
insyaALLAH,akan ku teruskan langkahku dgn lebih gigih walaupun sahabat2 yg pernah bersamaku tiada disisi ku...
Aku akui kesunyian tanpa mereka di sisi..tapi aku yakin denganMU Ya ALLAH..
Langkah kami langkah seiring yang mana langkah kami untuk memperjuangkan agamaMu yang kian luntur di hati umat zaman kini...
Demi ALLAH,aku teruskan perjuanganku walaupun perit..kerna kutahu disebalik keperitan itu,ada rahmat yang manis menanti buatku serta sahabat2 yang bersamaku...Demi Rasulullah, aku akan tabah menghadapinya...
~Amin ya Rabb~
No comments:
Post a Comment