ISTIQAMAH dalam KEBAIKAN

Tuesday, 18 June 2013

Buah Hati, Pengarang Jantung




Awak,,,saya nak mengadu ni…T.T… awak sudi kan??? Kalau sudi, awak teruskan bacaan ye. Awak, bila dah masuk umur 20 thn ni macam- macam datang. Ada yang nak ajak ‘couple’ pada waktu belajar. Yang lagi expert nak melamar terus. Teruja jadinya. J…tapi, betul- betul ke? Cinta itu semudah itu ke? Asal jumpa je, berkenan terus nak ajak couple. Bagi yang zahirnya macam ustazah/ ustaz pula, menggunakan lamaran sebagai tiket untuk memancing hati si dia. Wah wah wah,,,kononnya nak jaga hati. Nak elak daripada buat maksiat. Alhamdulillah, jika betul-betul nak elak buat maksiat dan pilihan adalah tepat. J
Sedangkan CINTA itu TANGGUNGJAWAB ! mengertikah kita?


Ok awak, dah melalut… Awak, saya nak mengadu tentang buah hati saya.  Orang lain ada buah hati masing- masing. Sudah pastinya mereka akan setia kan? Tapi kan, saya sudah beberapa kali bertukar buah hati. Kononnya, rupanya tak menarik minat saya. Jahatkan saya ni? Begantung pada rupa semata- mata. Sekarang ini, rasa diri ini hina sangat pada Sang Pencipta.

BUAH HATI : Pertama
Dulu, saya ada buah hati yang indah apabila melihatnya. Sederhana saiznya. Subhanallah. Di saat hati mula mencintai dirinya, dia telah pergi kepada orang lain atas kerelaan saya. Peritnya rasa hati ini. L. ALLAH SWT saja yang tahu. Saya pendam perkara ni bertahun lamanya. Tempoh 2 tahun saya mengenalinya, berbicara mesra dengannya dan sebagai peneman hidup saya rasa begitu singkat. Untuk melupakannya saya tak boleh. Sungguh, dialah yang pertama buat saya kerna dialah pilihan saya. Awak, sampai sekarang dialah sentiasa terpahat di hati saya.

BUAH HATI : Kedua
Buah hati yang kedua ini tak kurang hebatnya. Yang kedua ini lagi indah berbanding yang pertama.  Jernih dalamnya. Rasa terpukau dengan kejernihannya. Sungguh saya rasa serasi bila dengannya. Tapi, takdir ALLAH SWT menentukan segalanya. Keserasian diri ini dengannya hanyalah sebagai peneman bila kesusahan. Saya akui, dirinya tetap mendapat tempat dihati saya. Mungkin kata orang- Teman tapi Mesra. ^_^

BUAH HATI : Ketiga
Buah hati yang ketiga ini adalah buah hati yang setia bersama saya. Sedangkan saya tak pernah sedar akan kewujudannya. Kini sukar untuk kehilangannya. Walaupun rupanya tak setampan Nabi Yusuf, tetapi Subhanallah dalamnya begitu indah. Membuatkan saya sentiasa berusaha memahami tutur bicaranya yang penuh hikmah. Dia gemar berdwibahasa dengan saya- bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Awak,,,saya rindu sangat akannya. <3 hati saya kini benar-benar telah dimiliki <3

Saya rindu sangat akannya. Kerana selama 1 bulan saya meninggalkannya. Saya maklumkan padanya bahawa saya perlu pergi jauh darinya buat sementara waktu ini. Saya minta dia bersabar. insyaALLAH, sebulan tu tak lama pun. Setia saya tak lama. Di saat ketiadaannya, saya curang dengannya. Tapi awak,,, sungguh, dialah yang amat saya cintai kini. Dialah segala-galanya buat saya.

Awak, masih adakah peluang untuk saya terus setia dengannya?
Walaupun ke mana sahaja saya pergi, dia tetap setia dengan saya. Walaupun dia tiada disisi, dia tetap di hati dan minda saya. insyaALLAH. <3

Awak,,, mesti awak nak tahu dan mengenali Buah Hati saya kan?

Yang pastinya BUAH HATI saya= BUAH HATI awak
*Kita berkongsi ‘bicara hati’Nya yang sama walaupun rupa luarannya berbeza. Indahkan,awak? Sama-sama kita hargai ‘dia’ selagi kita masih bernafas. Kelak ‘dia’ menjadi PEMBELA kita di akhirat kelak.

 Dialah AL- QURAN~ Panduan Hidup Kita. Subhanallah…Terima kasih, Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment